Tuesday, June 23, 2009

internship punya cita (1206-0407)

Cerita 1: Acara pagi

Kring.Kring.Kringgggggggggggggggg
Aku(tak bukak mata lagi ni) : Nad,bangun la....
Nad (tak bukak mata lagi jgk) : Huda,ko la bangun...
Huda : Ala,korang mandi la dulu...

Aku :Ko la dulu(dengan pantas menarik selimut)
Nad :Ko la Huda...(dah sambung mimpi balik)
Huda :Zzzzzzzz

5minit lepas tu...
Kedengaran kat bawah suara kak Dewi yang nyaring
"Nad,Xidi,Huda,bangunnnnnnnnnn.Akak cakap bangunnnnnnn!!!!"
Apalagi, bertempiaran la kitorang berlari berebut bilik air.Haha

Cerita 2 : Bila geng2 gedik berkumpul

Aku : Wey,bosan la,keje da siap.Nak buat apa ni?
Feeza sedang asyik texting je dengan En Bazli
Farid : Haaaah,aku ada idea. Apa kata aku buat catwalk model seluar dalam kat korang?

Cerita 3 : Tup2 sudah tiba waktu lunch

Tengah makan ni.
Ipin : Korang tau tak, si polan kt department sekian2 tu kan bla bla bla
Huda : Si Poh Chuan tu gatal nak mampos bla bla
Liyana : Akak Lina (bkn nama sebenar) tu tak buat keje bla bla
Nad : Wey korang, petang ni ada kelas English la!
Semua : Hah?TIDAK!!!

Cerita 4 : Fries war

Ring.Ring.Ring.Telefon berbunyi.Selalunya aku dan Farid akan berebut2 untuk mengangkat telefon.Tetapi di atas sebab2 yang tertentu mesti aku selalu kalah.Menyampah!
Farid : Hello, saya Farid sedia membantu.
Ayat tak boley blah.
Caller : Pegi lab aku la.Ada fries ni.
Kami akan pegi secara berperingkat supaya tak la nampak sangat nak mengular.Hehe.
Menapak je kami di Lab R&D, kami semua akan makan sambil mengarut sepatah 2 di sana.
Kadang-kadang bermain UNO.Kadang2 menolong RA melepaskan diri untuk naik level dalam Zuma.

Cerita 5 : Jumaat datang lagi

Kawan-kawan, Alamanda jommm!
JOMMMM!
Farid : Nak ikuuut?
Aku : Woi ko lelaki ke pompuan?Tak payah semayang Jumaat?
Farid : Aku uzur.....(dengan muka yang berharap agar dapat ikut)

Begitu kehidupan aku sepanjang internship di Bangi.No exam, no study, no worries. Bergembira je sepanjang masa.Gelak2.Makan.Tido.Tapi aku nak cadangkan supaya working hour untuk budak intern dari kul 9-12 je pasal bukan ada keje sangat pon.Haha.

No comments: